Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) menaikkan semula penarafan keselamatan udara Malaysia kepada Kategori 1.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, ia selepas negara memberikan tumpuan kepada piawaian yang ditetapkan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Agensi Teknikal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.